Sunday, 2 December 2012

TAKRIFAN MELAYU (1/1)

Print Friendly Version of this pagePrint Get a PDF version of this webpagePDF


Apakah yang dimaksudkan dengan Melayu? Banyak pertikaian dan mahupun perbezaan pendapat tentang perkara ini? Adakah orang-orang Melayu benar-benar berasal dari Yunnan? Anda percaya penipuan orientalis ini?Atau kita sekadar orang-orang dari zaman Paleolitik yang beransur-ansur maju di Tanah Melayu ini? Atau dari orang gua bercawat hinggalah pandai bercucuk tanam? Adakah  sejarah  Melayu yang cuba ditulis oleh para orientalis adalah untuk menutup satu rahsia yang terpenting bangsa Melayu? 


Takrifan Melayu itu bermacam-macam, pelbagai rencah mahupun rasa.


Ada yang mentakrifkan...
Melayu itu hanyalah gabungan daripada dua suku kata yakni daripada kata imbuhan ‘ M E ‘ dan daripada kata sifat ‘ L A Y U ’. Semakin lama semakin layu.

Ada yang mentakrifkan...
Melayu itu satu golongan manusia berkulit sawo matang, berbahasa dengan loghat yang hampir sama, mengekalkan sosio adat dan budaya yang unik dan meliputi mereka yang mendiami kepulauan Melayu.  

Ada yang mentakrifkan...
Melayu itu dulunya dikenali sebagai ‘Melajoe’.

Ada yang mentakrifkan...
Melayu itu adalah satu suku bangsa yang hilang.


Ada yang mentakrifkan...
Melayu itu adalah dari kata Mala atau Malai yang bermaksud gunung, justeru Bangsa Melayu merupakan Bangsa Gunung.

Ada yang mentakrifkan...
Melayu dari keturunan Nabi Ibrahim A.S., di mana Melayu ini berasal dari salah satu kaum Bani Israel yang hilang (The Lost Tribe), berasal dan dilahirkan dari ibunda Keturah atau Qeturah, iaitu isteri Nabi Ibrahim A.S. yang berasal dari kerajaan Melayu Kemboja purba atau Champa Kuno serta hubung kait bangsa Melayu dengan salah satu kaum Bani Israel yang hilang.


Ada yang mentakrifkan...

Melayu itu adalah bangsa misteri yang telah banyak berubah dari karakter asal mereka ketika berada di wilayah Kanaan dan Sumeria (Mesopotamia) akibat perjalanan masa yang amat panjang selama beribu-ribu tahun dahulu, serta perubahan akibat cuaca dan pengembaraan yang merentasi beratus kilometer menuju ke arah timur untuk menuju ke arah 'The Promised Land' seperti yang diwahyukan Tuhan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Ada yang mentakrifkan...
Melayu itu adalah hanya sebuah Hikayat, ‘kata Sahibul Hikayat.’


Ada yang mentakrifkan...

Melayu itu merupakan satu keturunan dari Goa daripada salasilah Raja Iskandar Zulkarnain, anak Raja Darab berbangsa Rom bersama Puteri Syahrul Bariyah, anak Raja Kida Hindi di Tanah Hindi.

Ada yang mentakrifkan...
Melayu itu adalah nama sungai yang terletak di muara sungai Muara Tatang di negeri Palembang. 1

Ada yang mentakrifkan...
Melayu adalah segolongan besar manusia di dalam kelompok atawa berbangsa Milayu di bawah satu kesatuan al-Malayuwiyah.2

 1 Berdasarkan petikan daripada Sulalatus Salatin,
 
Kisah Bermula di Bukit Si Guntang;
‘ALKISAH maka tersebutlah perkataan sebuah negeri di tanah Andalas, Palembang namanya; nama rajanya Demang Lebar Daun, asalnya daripada anak cucu Raja Sulan juga Adapun negeri Palembang itu, Palembang yang ada sekarang inilah. Muara Tatang nama sungainya, di hulunya itu ada sebuah sungai, Melayu namanya. Adalah dalam sungai itu ada satu bukit bernama Bukit Si Guntang; di hulunya Gunung Mahamiru, di daratnya ada satu padang bernama Padang Penjaringan . Maka ada dua orang perempuan balu berhuma padi, terlalu luas humanya; adalah namanya seorang Wan Empuk dan se­orang namanya Wan Malini. Maka terlalulah jadi padinya. Tiada dapat terkatakan; telah Hampir akan masak padinya itu.’
  


2 Berdasarkan kalimat Sheikh Ahmad al-Fathani, di dalam terjemahan buku Hadiqatul Azhar war Rayahin: Asas Teori Takmilah Sastera Melayu Islam, jilid 1,


Iaitu kesatuan semua bangsa Melayu, al-Malayuwiyah itu dibangsakan kepada Milayu, dengan baris di bawah (kasrah) huruf Mim, atau baris di atas (fathah) dan baris depan (dhammah) huruf Ya’. Mereka adalah kelompok atawa segolongan besar manusia. Negeri-negeri mereka adalah sesubur-subur negeri dunia’






Walau apapun takrifannya, perbezaan maksud serta pengertiannya, takrifan Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan diseragamkan dan  dimengertikan serta digunapakai berbunyi;  


Perkara 160(2) :
Seseorang yang menganuti agama Islam, lazimnya bercakap Bahasa Melayu, menurut adat Melayu; 3

Lahir sebelum Hari Medeka, di Persekutuan atau di Singapura, atau ibu bapanya telah lahir di Persekutuan atau pada hari Merdeka itu, ia adalah berdomisil di Persekutuan atau Singapura; atau

Ia adalah keturunan seseorang tersebut

3 Pada zaman lampau, sesiapa sahaja yang menduduki Tanah Melayu dan beragama Islam dipanggil Melayu. Malah orang Arab yang menetap dipanggil Melayu, orang India yang menetap dipanggil Melayu, orang Cina yang menetap dipanggil Melayu. Itulah hasilnya apabila bangsa asing memeluk agama Islam dan digelar sebagai ‘masuk Melayu’.
 



BILA JARI MULA BICARA


Definisi mahupun takrifan Melayu seperti yang diungkapkan di dalam Perlembagaan Persekutuan seringkali disalah erti mahupun disalah tanggapan dan kebebalan sesetengah pihak. Definisi ini tidak wajar dilihat sebagai sempit kerana seseorang itu tidak perlu berdarah keturunan Melayu. Cukup sekadar dengan tiga syarat faktor KEBERSAMAAN iaitu agama, bahasa dan budaya. Paling penting ialah dia mesti beragama Islam.

Rentetan daripada ungkapan yang telah diucapkan oleh seseorang ketika di forum yang diadakan di Gereja Full Gospel Tabernacle, USJ, Selangor pada 03hb November 2012 lalu :

‘When you ask me, there is no compulsion in religion.. how can anyone say sorry, this (religious freedom) only applies to non-malays, it has to apply equally.’

Alih bahasa :

‘Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama.. mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan melayu, sepatutnya digunapakai sama rata’
 


Adakah ungkapan ini atas ceteknya ilmu atau sengaja dibangkitkan untuk mengejar sesuatu? Pernahkah terlintas difikiran pembaca bahawa ungkapan ini jelas pengertiannya seolah menyokong Melayu atau seseorang yang menganuti agama Islam untuk bebas memeluk agama lain selain Islam?


Wahai anak-anak Melayu muda sekalian! Engkau telah tertipu dengan dogma dari pelbagai fahaman yang meresap masuk ke dalam jiwa melalui pelbagai sudut dan cara. Jarum yang ditusuk terlalu halus sehingga penglihatan engkau menjadi buta, lalu diselangi pula dengan telingamu yang pekak lantas akhirnya menjadikan engkau bisu. Engkau bakal hilang jati diri. Lantas, janganlah engkau semua bergelak dan ketawa terbahak-bahak atau tersenyum sengih bagaikan kerang busuk serta mengernyih sindir kenaan Melayu. Jangan pula engkau bongkak dengan mengatakan akidahmu tidak mudah dilebur walhal perancangan tipuan dogma ini sebenarnya untuk melemahkan lalu akhirnya akan menjebakkan anda ke dalam keadaan yang merosakkan. Kerana yang dikejarkan itu adalah kuasa maka ada pihak yang mencebik mulut dan memalingkan muka sambil menjuihkan lidah tanda menghina Melayu. Engkau menyokong membabi buta tanpa engkau selidiki dan ketahui tentang apa yang disokongkan itu. Ketahuilah kamu wahai si muka hodoh yang menjuihkan mulut! Melayu itu adalah seorang yang menganuti agama Islam, lazimnya bercakap Bahasa Melayu dan menurut adat Melayu. Islam punya rukun, yakni Rukun Islam dan Rukun Iman. Seorang Islam tentu sekali wajib mengerjakan Rukun Islam dan mempercayai Rukun Iman. Melayu bersamaan orang Islam! Orang Islam bersamaan Melayu!

 

 

No comments:

Post a Comment