Dunia pancaroba
kini penuh dengan kejadian dan kegiatan fitnah. Sana sini fitnah, itu ini
fitnah, begitu begini fitnah. Sejarah yang berlaku di dalam Perang Jamal
selepas wafatnya Rasulullah SAW sepatutnya diambil pengajaran bermakna untuk
hari-hari mendatang.
Ada orang sanggup buat apa
sahaja untuk kuasa. Lihat sahaja pada sejarah yang telah berlaku, sungguh
menyedihkan, Perang Jamal adalah
melibatkan mereka yang bersaudara, sesama agama dan bangsa. Rosak semuanya,
penyesalan tidak berkesudahan! Hanya kerana perselisihan faham dan kuasa! Satu
sebab yang nyata yakni FITNAH!
Antara
persoalan yang mungkin timbul di dalam benak fikiran termasuklah :
Kenapa mesti berpecah belah dan tidak bersatu dalam mencapai kemaslahatan?
Kenapa mesti percaya dengan sesuatu tanpa penyelidikan rapi dan teliti?
Dahsyat... Fitnah yang disemburkan boleh mengakibatkan perselisihan sesama saudara, agama dan bangsa.
Subhanallah.. sejarah ini dan jalan ceritanya hampir sama dengan keadaan sekarang ini seperti dalam ‘BERSIH’, apa yang terjadi kini, cuma masih belum ke peringkat akhir jalan cerita? Adakah sejarah lampau bakal dan akan berulang kembali?
Tanggapan serta persepsi terhadap orang tua bersama keldai |
Dalam kita muhasabah diri, cuba kita mengimbau kembali apa yang telah
berlaku semasa Perhimpunan Bersih satu ketika dahulu. Jalan ceritanya hampir
sama dan padan dengan apa yang telah berlaku di dalam Perang Jamal. ‘Signal’nya
jelas, ada pihak yang cuba menyelinap dalam mempengaruhi orang untuk bertindak
sedemikian. Mana mungkin hendak memuaskan hati semua orang apatah lagi bilangan
rakyat yang terlalu ramai dengan pelbagai dan bermacam jenis pandangan yang
terkandung segala perencah mahupun rasa. Mana mungkin dalam perhimpunan ramai,
ada jaminan tidak akan berlaku sebarang dua permasalahan. ‘Rambut sama hitam,
Hati lain-lain’.
Sesetengah pihak berpendapat, ‘Inilah caranya untuk
kita beritahu kerajaan sekarang untuk melakukan perubahan yang diingini rakyat.
Suara rakyat harus didengar. Suara rakyat harus diambilkira.’
Apabila kertas cadangan tersebut telah disuarakan
di peringkat DUN atau Parlimen, akhirnya mendapat persetujuan ramai dari
kalangan ahli, sudah tentu pemimpin akan berusaha kepada perlaksanaan melalui pendekatan
kaedah yang terbaik dan yang paling baik setelah mengambilkira setiap pandangan
atau sudut, baik dan buruknya dan sebagainya. Ada rasionalnya suatu tindakan
itu dibuat.
Dalam memperincikan perenggan berkaitan dengan
perhimpunan, tidak semua perhimpunan berkesudahan seperti Bersih atau berakhir
dengan rusuhan. Ada juga perhimpunan aman yang tidak mengganggu ketenteraman.
Pokok pangkalnya, jika ianya bertujuan baik dan bermatlamatkan baik, baiklah
jadinya. Jika bertujuan jahat atau bermatlamatkan jahat, jahatlah jadinya.
Perhimpunan BERSIH.. disebalik tersurat, tuntutan
SPR, pendidikan percuma dan LYNAS. Disebalik tersirat pula, melahirkan rusuhan,
menjatuhkan pemimpin, menjadikan asas serta alasan orang muda untuk terus
memusuhi polis dan anggota bertugas, menjadikan negara dalam keadaan huru hara
seperti yang berlaku di negara-negara lain atas cetusan yang pada asalnya satu
perhimpunan tetapi akhirnya berkesudahan rusuhan. Apa yang diperlihatkan
kegagalan perhimpunan cuba diserap masuk ke dalam negara ini. Perhimpunan aman
dalam memprotes filem pendek penghinaan Nabi Muhammad saw pula, tidak pula
berkesudahan dengan kesudahan yang memalukan. Perhimpunan Hari Kemerdekaan, Perarakan
Maulud Nabi dan sebagainya semuanya berlangsung dalam keadaan aman damai.
Dalam konteks kini, masyarakat sering dibawakan kepada mereka akan
berita-berita yang kadang-kadang amatlah bercanggah dengan akal fikiran. Dunia
sekarang bukan lagi dunia yang menangguk air di tepi arus kerana dunia telah
mengecapi kemudahan dalam mencari maklumat. Tetapi malangnya, ramai yang sudah
menjadi buta dan pekak. Terlalu taksub sehingga lupa berfikir selayaknya
manusia dibekalkan akal. Perkara yang dilihat dalam keadaan yang was-was dan
diragui sering menjadikan manusia mudah terpengaruh dan termakan racun fitnah.
Al-Quran sendiri mengajar kita supaya berwaspada terhadap perkara seperti ini
yang boleh merosakkan budaya berfikir secara rasional.
1 Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kalian orang fasik
dengan membawa berita, maka telitilah berita itu agar kalian tidak memberikan
keputusan kepada suatu kaum tanpa pengetahun sehingga kalian akan menyesali
diri atas apa yang telah kalian kerjakan.(QS al-Hujurat [49]: 6)
1 Ayat ini,
menurut laporan Ibn ‘Abbâs, diturunkan berkaitan dengan kisah al-Walîd bin
‘Uqbah bin Abî Mu’yth, yang menjadi utusan Rasulullah saw. untuk memungut zakat
dari Bani Musthaliq. Ketika Bani Musthaliq mendengar kedatangan utusan Rasul
ini, mereka menyambutnya secara berduyun-duyun dengan sukacita. Mendengar hal
itu, al-Walîd, menduga bahwa mereka akan menyerangnya, mengingat pada zaman
Jahiliah mereka saling bermusuhan. Di tengah perjalanan, al-Walîd kemudian
kembali dan melapor kepada Nabi, bahwa Bani Musthaliq tidak bersedia membayar
zakat, malah akan menyerangnya. Rasul saw. marah, dan siap mengirim pasukan
kepada Bani Musthaliq. Tiba-tiba, datanglah utusan mereka seraya menjelaskan
duduk persoalan yang sesungguhnya. Lalu, Allah menurunkan surat al-Hujurat (49)
ayat 6 ini.
Konteks turunnya ayat ini memang terkait dengan kisah
al-Walîd, tetapi berdasarkan kaedah: Al-‘ibrah bi’umûm al-lafzhi lâ bi
khushûsh as-sabab (makna ayat ditentukan berdasarkan keumuman ungkapan,
bukan berdasarkan spesifikasi sebab), maka ayat ini adalah digunapakai secara
umum. Berdasarkan ayat inilah, para ulama hadis kemudian membuat kaedah
periwayatan hadis sehingga menjadi karakteristik khas ajaran Islam. Tidak hanya
itu, secara praktik, ayat ini juga menjadi kaedah berfikir manusia dalam
menerima sebarang perkhabaran tertentu.
Ayat ini dinyatakan oleh Allah swt kepada
orang-orang yang beriman agar mereka berhati-hati ketika ada orang fasik
membawa berita kepadanya; agar mereka memeriksanya dan tidak menelannya
mentah-mentah.
No comments:
Post a Comment