Tuesday, 13 November 2012

PERANG JAMAL (2/3) - BERMULANYA PERANG

Print Friendly Version of this pagePrint Get a PDF version of this webpagePDF
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDigzWDyvUiqLk-7FUpizvErTSDrWdA6FA3K_3c0h21hbo-2MajwoLb0srZvJPPbrTmhWlc4t5KX6908tIzQKI_xMX4dZaDrWbl76_NeCLly6wh48Q73kcDUmOUMC9stN1i_QywLj1ujU/s1600/aac.jpg
Gambaran Perhimpunan Di Saat Sebelumnya Peperangan


Di antara fitnah yang terjadi setelah terbunuhnya ‘Utsman bin ‘Affan radliyallaahu ’anhu adalah terjadinya perang Jamal yang terkenal antara ‘Ali bin Abi Thalib dengan ‘Aisyah, Thalhah, dan Az-Zubair radliyallaahu ‘anhum. Kronologi peristiwa ini adalah ketika terbunuhnya ‘Utsman, maka orang-orang mendatangi ‘Ali di Madinah dimana mereka berkata kepadanya :
”Ulurkan tanganmu, kami akan berbaiat kepadamu”

Ali berkata : 
“Tunggu dulu, sampai orang-orang bermusyawarah”.

Maka sebagian di antara mereka berkata :
“Apabila orang-orang kembali ke negerinya masing-masing telah terbunuhnya ‘Utsman, sementara itu belum ada seorang pun yang menggantikan kedudukannya (sebagai khalifah), niscaya akan terjadi perselisihan dan kerusakan umat”.

Mereka terus-menerus memujuk ‘Ali agar mau menerima baiat, dan akhirnya ‘Ali pun menerimanya.

Monday, 12 November 2012

PERANG JAMAL (1/3) - SYAHIDNYA SAIDINA UTHMAN KERANA FITNAH

Print Friendly Version of this pagePrint Get a PDF version of this webpagePDF


Gambaran Perang Jammal yang berlaku akibat daripada racun fitnah
Sayyidina Uthman merupakan khalifah yang ketiga di mana beliau memerintah selama kurang 12 hari untuk mencukupi 12 tahun. Pemerintahannya berlangsung dengan aman sehinggalah apabila memasuki tahun ketujuh iaitu tahun 30 Hijrah maka bermulanya zaman fitnah. Kebanyakan fitnah ini dimainkan oleh golongan Khawarij dan pengikut Abdullah bin Saba’ iaitu seorang yahudi dari Yaman yang memeluk Islam tetapi berperanan dalam melawan Islam dari dalam di mana dia telah memainkan peranan dalam mencari pengaruh dengan cuba menguasai dan menghasut penduduk di tiga (3) negeri utama iaitu Basrah dan Kufah di Iraq serta penduduk Mesir.