Sunday, 2 December 2012

TAKRIFAN MELAYU (1/1)

Print Friendly Version of this pagePrint Get a PDF version of this webpagePDF


Apakah yang dimaksudkan dengan Melayu? Banyak pertikaian dan mahupun perbezaan pendapat tentang perkara ini? Adakah orang-orang Melayu benar-benar berasal dari Yunnan? Anda percaya penipuan orientalis ini?Atau kita sekadar orang-orang dari zaman Paleolitik yang beransur-ansur maju di Tanah Melayu ini? Atau dari orang gua bercawat hinggalah pandai bercucuk tanam? Adakah  sejarah  Melayu yang cuba ditulis oleh para orientalis adalah untuk menutup satu rahsia yang terpenting bangsa Melayu? 


Takrifan Melayu itu bermacam-macam, pelbagai rencah mahupun rasa.


Ada yang mentakrifkan...
Melayu itu hanyalah gabungan daripada dua suku kata yakni daripada kata imbuhan ‘ M E ‘ dan daripada kata sifat ‘ L A Y U ’. Semakin lama semakin layu.

Ada yang mentakrifkan...
Melayu itu satu golongan manusia berkulit sawo matang, berbahasa dengan loghat yang hampir sama, mengekalkan sosio adat dan budaya yang unik dan meliputi mereka yang mendiami kepulauan Melayu.  

Ada yang mentakrifkan...
Melayu itu dulunya dikenali sebagai ‘Melajoe’.

Ada yang mentakrifkan...
Melayu itu adalah satu suku bangsa yang hilang.

KEADILAN (1/1)

Print Friendly Version of this pagePrint Get a PDF version of this webpagePDF


Takrifan Mudah

Dalam pemahaman ramai umumnya termasuk golongan ‘baru’, mereka sudah masak dengan kefahaman bahawa makna ‘ADIL’ ditakrifkan dengan maksud  sama rata, sama banyak atau sama-sama seimbang. Takrifan ini merupakan takrifan mudah untuk difahami.

Contohnya dalam bab pembahagian dua puluh empat (24) meter kain diantara Ali, Abu, Ahmad, Ah Meng, Ah Chong dan Gopal :
Kain = 24 meter
Ali, Abu, Ahmad, Ah Meng, Ah Chong, Gopal : 6 orang
Pembahagian = 24/6
Satu (1) orang = 4 meter


Takrifan Menurut Islam

Dalam Islam, adil adalah ‘meletakkan sesuatu bersesuaian  pada tempatnya. Bukan bermaksud sama banyak atau sama rata atau seimbang dalam semua perkara.

Contohnya dalam bab aurat :
Islam menetapkan had aurat yang wajib ditutup bagi wanita lebih banyak dari lelaki, sesuai dengan kejadian ciptaannya. Allah menjadikan mereka ini cantik dan indah sehingga boleh menarik perhatian kaum lelaki, maka bermakna wanita adalah barang mahal dan berharga yang tidak boleh sesuka hati ditonton oleh sesiapa sahaja melainkan orang-orang yang tertentu yang dikhaskan iaitu suami dan ahli keluarga. Maka, wanita dipelihara oleh Allah dengan aurat yang agak lebih sedikit dari lelaki. Inilah Islam yang meletakkan sesuatu aturan sesuai dengan fitrah kejadian manusia kerana Allah yang lebih berhak tahu tentang keperluan makhluk yang Dia sendiri ciptakan.

PERANG JAMAL (3/3) – BILA JEMARI MULA BICARA

Print Friendly Version of this pagePrint Get a PDF version of this webpagePDF



Dunia pancaroba kini penuh dengan kejadian dan kegiatan fitnah. Sana sini fitnah, itu ini fitnah, begitu begini fitnah. Sejarah yang berlaku di dalam Perang Jamal selepas wafatnya Rasulullah SAW sepatutnya diambil pengajaran bermakna untuk hari-hari mendatang.

Ada orang sanggup buat apa sahaja untuk kuasa. Lihat sahaja pada sejarah yang telah berlaku, sungguh menyedihkan,  Perang Jamal adalah melibatkan mereka yang bersaudara, sesama agama dan bangsa. Rosak semuanya, penyesalan tidak berkesudahan! Hanya kerana perselisihan faham dan kuasa! Satu sebab yang nyata yakni FITNAH!

Antara persoalan yang mungkin timbul di dalam benak fikiran termasuklah :

Kenapa mesti berpecah belah dan tidak bersatu dalam mencapai kemaslahatan?
Kenapa mesti percaya dengan sesuatu tanpa penyelidikan rapi dan teliti?
Dahsyat... Fitnah yang disemburkan boleh mengakibatkan perselisihan sesama saudara, agama dan bangsa.
Subhanallah.. sejarah ini dan jalan ceritanya hampir sama dengan keadaan sekarang ini seperti dalam ‘BERSIH’, apa yang terjadi kini, cuma masih belum ke peringkat akhir jalan cerita? Adakah sejarah lampau bakal dan akan berulang kembali?

Tuesday, 13 November 2012

PERANG JAMAL (2/3) - BERMULANYA PERANG

Print Friendly Version of this pagePrint Get a PDF version of this webpagePDF
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDigzWDyvUiqLk-7FUpizvErTSDrWdA6FA3K_3c0h21hbo-2MajwoLb0srZvJPPbrTmhWlc4t5KX6908tIzQKI_xMX4dZaDrWbl76_NeCLly6wh48Q73kcDUmOUMC9stN1i_QywLj1ujU/s1600/aac.jpg
Gambaran Perhimpunan Di Saat Sebelumnya Peperangan


Di antara fitnah yang terjadi setelah terbunuhnya ‘Utsman bin ‘Affan radliyallaahu ’anhu adalah terjadinya perang Jamal yang terkenal antara ‘Ali bin Abi Thalib dengan ‘Aisyah, Thalhah, dan Az-Zubair radliyallaahu ‘anhum. Kronologi peristiwa ini adalah ketika terbunuhnya ‘Utsman, maka orang-orang mendatangi ‘Ali di Madinah dimana mereka berkata kepadanya :
”Ulurkan tanganmu, kami akan berbaiat kepadamu”

Ali berkata : 
“Tunggu dulu, sampai orang-orang bermusyawarah”.

Maka sebagian di antara mereka berkata :
“Apabila orang-orang kembali ke negerinya masing-masing telah terbunuhnya ‘Utsman, sementara itu belum ada seorang pun yang menggantikan kedudukannya (sebagai khalifah), niscaya akan terjadi perselisihan dan kerusakan umat”.

Mereka terus-menerus memujuk ‘Ali agar mau menerima baiat, dan akhirnya ‘Ali pun menerimanya.

Monday, 12 November 2012

PERANG JAMAL (1/3) - SYAHIDNYA SAIDINA UTHMAN KERANA FITNAH

Print Friendly Version of this pagePrint Get a PDF version of this webpagePDF


Gambaran Perang Jammal yang berlaku akibat daripada racun fitnah
Sayyidina Uthman merupakan khalifah yang ketiga di mana beliau memerintah selama kurang 12 hari untuk mencukupi 12 tahun. Pemerintahannya berlangsung dengan aman sehinggalah apabila memasuki tahun ketujuh iaitu tahun 30 Hijrah maka bermulanya zaman fitnah. Kebanyakan fitnah ini dimainkan oleh golongan Khawarij dan pengikut Abdullah bin Saba’ iaitu seorang yahudi dari Yaman yang memeluk Islam tetapi berperanan dalam melawan Islam dari dalam di mana dia telah memainkan peranan dalam mencari pengaruh dengan cuba menguasai dan menghasut penduduk di tiga (3) negeri utama iaitu Basrah dan Kufah di Iraq serta penduduk Mesir.